Oleh Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Langkah berterusan pemilik Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) bagi memantapkan lagi program pembangunan bersama beberapa kelab bola sepak ternama di Eropah tampak semakin menjadi kenyataan.

Malah Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi kenyataan terbaru di laman rasmi Johor Southern Tigers menyatakan perjumpaan dengan ‘orang kuat’ kelab bola sepak ternama di Eropah seperti Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan Valencia akan membuka ruang dan pintu bagi mengadakan kerjasama.

Tunku Ismail menegaskan perjumpaan yang diadakan baru-baru ini terarah kepada program latihan pertukaran jurulatih dan latihan untuk pemain.

“Perbincangan turut membabitkan langkah meningkatkan lagi program kepakaran pembangunan belia serta pembangunan sains sukan selain mewujudkan inovasi lanjutan bola sepak.

“Saya ingin memaklumkan hubungan itu tidak berdasarkan kepada aspek pemasaran atau lawatan kosong tapi dengan tujuan dan niat bagi meningkatkan lagi hubungan Johor DT dengan kelab gergasi di Eropah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 7:44 AM