RAMLI (tiga kiri) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
RAMLI (tiga kiri) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan kes penyeludupan rokok dengan nilai dan cukai dianggarkan RM6.1 juta dalam serbuan kontena pada 26 Januari lalu.

Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, rampasan rokok itu hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan Kastam, Pasir Gudang, Johor ke atas kontena pada 7.15 malam.

Katanya, siasatan awal menerusia pemeriksaan import JKDM Pelabuhan Pasir Gudang itu mendapati kontena itu dikrar sebagai 'polyester yarn' dari Vietnam.

"Pasukan penguatkuasaan Kastam membuat pemeriksaan rapi ke atas kontena dan mendapati ia dimuatkan 10 juta batang atau 50,000 karton rokok putih.

"Jumlah nilai dan cukai keseluruhan bernilai kira-kira RM6.1 juta," katanya.

Dalam perkembangan lain, Risikan Zon Selatan JKDM mematahkan penyeludupan rokok dalam kereta mewah dengan cukai dianggarkan RM180,000 di Sungai Sarang Buaya, Muar pada 5 pagi, 27 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 4:17 PM