Sampornak melihat afidavit larangan penganjuran dan perjumpaan Majlis Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti yang ditampal di jalan masuk kediaman Bonda Ratu di Sungai Rambai, Sabtu lalu. FOTO Zairee Mohd Yasak

Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Wanita mendakwa dirinya Bonda Ratu dan suaminya dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, siasatan terhadap pasangan itu masih lagi diteruskan.

"Keluarga wanita itu datang untuk menjaminnya malam tadi (semalam) tetapi kami hanya bebaskannya pagi tadi.

"Walaupun dibebaskan siasatan kes ini masih diteruskan," katanya.

Pasangan itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, 7 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419/511 Kanun Keseksaan kerana penipuan dalam penyamaran.

Mereka ditahan dalam pemeriksaan di sebuah kediaman di Sungai Rambai, ketika dipercayai mengadakan persiapan mengadakan Majlis Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 4:18 PM