KHAZALI (kanan) ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman / GST ), Datuk Subromaniam Tholasy. FOTO Fariz Iswadi Ismail
KHAZALI (kanan) ketika sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman / GST ), Datuk Subromaniam Tholasy. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengadakan Ops Jejak GST 2016 bermula 17 hingga 22 Januari ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata,operasi yang dijalankan selama 24 jam ini bertujuan menjejak dan mendaftar mana-mana orang, syarikat atau perniagaan yang layak berdaftar sebagai orang berdaftar GST tetapi gagal berbuat demikian.

"Maklumat yang diperolehi melalui risikan dan aduan daripada orang ramai mendapati masih terdapat syarikat yang belum mendaftar sebagai orang kena daftar walaupun dijangka sudah layak didaftar secara mandatori mengikut Seksyen 20 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

"Operasi ini akan diadakan di seluruh negara mengikut zon oleh 1,500 pegawai kastam beruniform untuk menjejak kira-kira 100,000 pendaftar baru bagi tempoh 2016," katanya pada sidang media mengenai isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Ibu Pejabat Kastam di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 2:17 PM