JANATHAN (tengah) ketika sidang media di Wisma Kastam Sabah. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
JANATHAN (tengah) ketika sidang media di Wisma Kastam Sabah. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri memberi amaran kepada 1,479 syarikat yang didapati masih belum berdaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya segera mendaftar sebelum 17 Januari ini.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Janathan Kandok berkata, pihaknya akan melancarkan Op Jejak GST selepas tarikh berkenaan untuk memburu pemilik syarikat yang culas.

"Langkah ini diambil selepas kami mendapati masih ada syarikat atau premis yang masih enggan berdaftar mengikut Akta GST 2014.

"Op Jejak GST akan dilancarkan serentak di seluruh negara bermula 17 hingga 22 Januari ini," katanya ketika sidang media di Wisma Kastam, di sini, hari ini.

Janathan berkata, 1,479 syarikat di negeri ini masih belum mendaftar walaupun layak secara mandatori.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 2:29 PM