Hanya pegawai kastam berpakaian seragam buat pemeriksaan dalam Ops Jejak GST. - Foto akmal.gov.my
Hanya pegawai kastam berpakaian seragam buat pemeriksaan dalam Ops Jejak GST. - Foto akmal.gov.my

Putrajaya: Hanya pegawai kastam berpakaian seragam akan membuat pemeriksaan dalam Ops Jejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula Ahad ini sehingga 22 Januari, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut kenyataan JKDM hari ini, 1,500 pegawai akan membuat pemeriksaan 24 jam ke premis perniagaan bagi menjejak, memberi khidmat nasihat dan mendaftar individu, syarikat atau perniagaan yang didapati layak berdaftar GST tetapi masih gagal berbuat demikian.

"Dalam operasi ini, sekiranya ada orang atau syarikat atau perniagaan ditawarkan kompaun kerana sesuatu kesalahan mengikut Akta Kastam atau Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan, maka bayaran kompaun itu hanya boleh dibuat di Pejabat Kastam,” menurut kenyataan itu.

Bagi mengelak kesulitan, JKDM menasihatkan individu, syarikat atau perniagaan yang mencapai nilai perbekalan bercukai secara mandatori mengikut Akta Barang dan Perkhidmatan 2014 agar segera berdaftar dengan JKDM.

Sebarang keraguan atau kemusykilan atas perkara ini, orang ramai atau peniaga boleh menghubungi JKDM melalui telefon 1-300-888-500 atau Pejabat Kastam

berhampiran. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:08 PM