KILAT dilihat di langit Hong Kong. FOTO fail AFP
KILAT dilihat di langit Hong Kong. FOTO fail AFP
AFP

Hong Kong: Hong Kong menerima 10,000 panahan kilat sejak malam Selasa hingga pagi Rabu lalu.

Maklumat itu berdasarkan data diperoleh daripada balai cerap cuaca di bandar itu.

Bandar China itu sudah biasa dengan paras kelembapan yang tinggi pada April menjelang musim tengkujuh, dengan penduduk bersedia untuk hujan lebat secara tiba-tiba ketika berulang-alik pada hari bekerja.

Bermula 9 malam Selasa, balai cerap merekodkan 5,914 panahan kilat dalam satu jam ketika hujan.

Menjelang 10.59 pagi Rabu, sebanyak 9,437 panahan kilat direkodkan, dengan majoriti daripadanya di Wilayah Baharu Timur. Pulau Hong Kong adalah penerima panahan kilat kedua paling banyak.

Ribut petir pada malam Selasa juga menyebabkan kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 11:27 AM