Koh Hon Seng ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan dibacakan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. - Foto ADNAN IBRAHIM
Koh Hon Seng ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan dibacakan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. - Foto ADNAN IBRAHIM
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Kluang: Pendakwaan terhadap tukang masak yang dituduh membunuh isterinya pada 20 Disember lalu, terpaksa dibuat di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, di depan Majistret Nuruhuda Md Yusof, pagi tadi.

Tertuduh, Koh Hon Seng, 52, masih dirawat di hospital berkenaan selepas cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kirinya. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya,.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian dengan niat untuk membunuh isterinya, Sia Mee Lan, 47, di rumah mereka di Taman Kluang Barat, di sini, antara jam 2.30 hingga 5 pagi , pada 20 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norafiah Saini, memohon tarikh baru kes bagi menunggu suspek pulih dari kecederaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 3:59 PM