MUHAMMAD Irshaduddin Khalis Nasurudin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
MUHAMMAD Irshaduddin Khalis Nasurudin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris


Kluang: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas pertuduhan membunuh bekas tunangnya pada 10 April lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshahuddin Khalis Nasurudin, 23, bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dengan menikam mangsa di pekarangan parkir motosikal di Pasaraya Econsave Kluang, di sini, pada 5.45 petang.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Norafiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nuruhuda kemudiannya menetapkan kes akan disebut semula pada 26 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 12:41 PM