MUSTAPA Mohamed memberi ucapan mengenai TPPA . FOTO Hafiz Sohaimi
MUSTAPA Mohamed memberi ucapan mengenai TPPA . FOTO Hafiz Sohaimi
Oleh Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: Malaysia tidak akan mengemukakan sebarang perubahan dalam teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan keputusan menyertainya bergantung kepada persetujuan yang akan diputuskan dalam persidangan Parlimen Khas pada Januari 2016.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sekiranya Malaysia masih mengemukakan perubahan dalam teks akhir TPPA berkenaan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengetahui kedudukan Malaysia sama ada bersetuju atau tidak menyertai perjanjian perdagangan bebas itu.

Beliau bekata, penelitian undang-undang sudah pun diselesaikan di peringkat Peguam Negara dengan beberapa pindaan perlu dibuat antaranya membabitkan perundangan buruh.

"Di peringkat akhir ini, sama ada kita terima atau kita tolak semua kandungan teks yang telah dibincangkan sebelum ini kerana jika kita membuat perubahan terdapat beratus isu yang terlibat.

"Malah, perubahan itu juga akan mengambil masa lebih lama mungkin tidak ada keputusan akhir dari Malaysia sama ada setuju atau tidak menyertai perjanjian ini," katanya selepas menghadiri Program TPP bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 4:09 PM