Dua remaja lelaki sesat di Gunung Tok Wan pagi tadi, seorang daripadanya ditemui selamat petang tadi.
Dua remaja lelaki sesat di Gunung Tok Wan pagi tadi, seorang daripadanya ditemui selamat petang tadi.
Oleh Nadzreen Shah Mat Salim


Semenyih: Remaja lelaki berusia 17 tahun yang sesat di kawasan Gunung Tok Wan, Semenyih ditemui selamat pada 5.41 petang tadi selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor melakukan operasi pencarian lebih lapan jam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Anas Ahmad Zubaidi berkata, mangsa, Chai Ming Sueng yang dipercayai sesat sejak 7.30 pagi itu, ditemui pasukan penyelamat di puncak Gunung Tok Wan dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan serius.

Katanya, pihaknya masih lagi mencari seorang lagi rakan sebaya mangsa yang cedera.

"Mangsa dikatakan sesat di kawasan bukit berkenaan ketika mendaki bersama rakannya di Gunung Tok Wan.

"Ketika itu, rakannya cedera dan Chai terpaksa meninggalkan rakannya di bawah pokok di hutan berkenaan sebelum meneruskan usaha mencari jalan keluar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 8:50 PM