Nadzreen Shah Mat Salim


Semenyih: Dua penuntut warga Kenya dan Britain yang sesat di Bukit Broga sejak kelmarin ditemui selamat, 2.40 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kedua-dua mangsa dijumpai berdekatan Bukit Lapan Belas di kawasan itu tanpa sebarang kecederaan.

"Pada petang semalam, mangsa berjaya dihubungi melalui telefon dan memaklumkan berada di sebuah pondok.

"Pada awal pagi tadi, pihak bomba menemui mereka satu kilometer dari Gunung Tok Wan dan laluan itu sebelum ini dibuat juruukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan pemetaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun pada 8 pagi sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 8:53 AM