Usaha menjejaki seorang pendaki yang hilang di Bukit Broga,  sejak Ahad lalu, masih menemui jalan buntu. FOTO Nadzreen Shah
Usaha menjejaki seorang pendaki yang hilang di Bukit Broga, sejak Ahad lalu, masih menemui jalan buntu. FOTO Nadzreen Shah
Nadzreen Shah Mat Salim


Semenyih: Usaha menjejaki seorang pendaki yang hilang di Bukit Broga, di sini, sejak Ahad lalu, masih menemui jalan buntu selepas operasi mencarinya ditangguhkan jam 7 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Zainal Elias berkata, operasi hari ketiga itu dihentikan berikutan keadaan cuaca hujan dan mulai gelap.

"Setakat ini, pihak kami sudah melakukan pencarian di seluruh kawasan Bukit Broga dan juga Gunung Tok Wan.

"Bapa mangsa turut menyertai pasukan penyelamat ke puncak bukit berkenaan di mana mangsa dilaporkan hilang," katanya.

Menurutnya, operasi akan disambung jam 8 pagi esok.

Dalam kejadian pagi Ahad lalu, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, bersama enam lagi rakannya mendaki bukit berkenaan sebelum dilaporkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 9:57 PM