Anggota bomba mengusung jururawat yang cedera akibat terjatuh ketika menuruni Bukit Broga pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengusung jururawat yang cedera akibat terjatuh ketika menuruni Bukit Broga pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Fadly Samsudin


Semenyih: Jururawat berusia 24 tahun cedera di kaki kanan akibat terjatuh ketika menuruni Bukit Broga, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi itu, mangsa, Veronica Juliet Amaloo, mendaki bersama tiga lagi rakannya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Shairulnizam Wailie berkata, mangsa dikesan berada di puncak satu bukit itu dan dilaporkan tidak dapat bergerak.

"Seramai tujuh anggota terbabit dalam usaha membawa mangsa turun yang mengambil masa lebih satu jam.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Klinik Kesihatan Semenyih untuk dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 1:53 PM