Muhamad Lokman Khairi


Ipoh: Proses bedah siasat terhadap 10 mayat anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter sudah dimulakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dan dijangka selesai pada lewat tengah hari esok.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah HRPB Datuk Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid berkata, kesemua mayat mangsa yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita tiba di perkarangan Jabatan Forensik hospital iti pada 6 petang tadi.

"Sepuluh anggota TLDM itu disahkan terkorban di tempat kejadian (Pangkalan TLDM Lumut).

SITUASI di hadapan pintu masuk utama Pangkalan TLDM,  Lumut, hari ini. FOTO Bernama
SITUASI di hadapan pintu masuk utama Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini. FOTO Bernama

"Prosedur bedah siasat dimulakan dan dijangka dapat disiapkan pada lewat tengah hari esok," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan 10 individu maut dalam kemalangan yang membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec (M502-6) jam 9.30 pagi tadi ketika melakukan Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 9:36 PM