Hujan lebat bermula jam 1 pagi menyebabkan banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. FOTO MOHD ROJI KAWI
Hujan lebat bermula jam 1 pagi menyebabkan banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. FOTO MOHD ROJI KAWI
Mohd Roji Kawi


Kuching: Hujan lebat berterusan sejak jam 1 hingga 6 pagi hari ini mencetus banjir di kebanyakan kawasan rendah di sini, hari ini.

Ia adalah banjir ketiga melanda bandar raya ini selepas 28 Januari lalu dan kedua pada 16 Februari lalu.

Antara kawasan teruk terjejas, Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Jalan Arang, Tabuan, Matang, Sungai Maong dan Stapok.

Selain itu jalan utama menghubungkan Kuching dan Bau turut ditenggelami air sehingga tidak dapat lalui kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 9:19 AM