Hujan lebat bermula jam 1 pagi menyebabkan banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. FOTO MOHD ROJI KAWI
Hujan lebat bermula jam 1 pagi menyebabkan banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. FOTO MOHD ROJI KAWI
BERNAMA

Kuching: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini berbanding 64 orang daripada 16 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan selatan Sarawak.

Di Kuching, seramai 194 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru manakala 98 orang daripada 23 keluarga di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Sementara itu, di Bau, 64 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Segong.

Situasi banjir berlaku di kawasan selatan Sarawak susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 1:12 PM