GAMBAR kanak-kanak lelaki yang dikongsi ibunya di Facebook selepas didapati hilang di sekitar Taman Aman, Petaling Jaya.
GAMBAR kanak-kanak lelaki yang dikongsi ibunya di Facebook selepas didapati hilang di sekitar Taman Aman, Petaling Jaya.
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Kanak-kanak lelaki autisme ditemui lemas di tasik Taman Aman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam tadi.

"Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit pada 4 petang.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya berusia enam tahun yang hilang di Taman Aman sekitar jam 4 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 9:38 PM