SEEKOR harimau kumbang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas memasuki perangkap. FOTO Ihsan Pembaca
SEEKOR harimau kumbang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas memasuki perangkap. FOTO Ihsan Pembaca
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Sungai Siput: Seekor harimau kumbang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang sejak lebih dua bulan lalu di Felda Lasah, di sini, hari ini.

Perangkap itu dipasang sejak 20 November lalu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berpandukan aduan serangan harimau ke atas ternakan lembu di kawasan itu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau kumbang betina dianggarkan berusia empat tahun seberat lebih 30 kilogram (kg) itu memasuki perangkap berkenaan, awal pagi tadi.

"Harimau kumbang ini sihat, tetapi kita akan buat pemeriksaan kesihatan ke atasnya dahulu.

"Kita menggunakan kambing sebagai umpan agar haiwan liar itu memasuki perangkap," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, harimau kumbang terbabit akan dilepaskan semula ke habitat yang sesuai selepas pemeriksaan ke atasnya selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 3:32 PM