Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya bersama seorang rakan karam akibat dipukul ribut di Empangan Chenderoh di Kampung Chenderoh, dijumpai sudah tidak bernyawa jam 8.37 pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM Perak
Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya bersama seorang rakan karam akibat dipukul ribut di Empangan Chenderoh di Kampung Chenderoh, dijumpai sudah tidak bernyawa jam 8.37 pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM Perak
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kuala Kangsar: Lelaki yang hilang selepas bot dinaikinya bersama seorang rakam karam akibat dipukul ribut di Empangan Chenderoh di sini, ditemukan mati lemas hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan jam 8.37 pagi tadi kira-kira 500 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) bagi operasi dan menyelamat (SAR).

Katanya, mayat ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dalam operasi yang memasuki hari ketiga hari ini.

"Mangsa ditemukan terapung di lokasi berkenaan apabila operasi dimulakan pada pagi ini. Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, bot dinaiki mangsa akibat dilanda ribut sewaktu dia bersama seorang lagi individu sedang memancing Jumaat lalu. Bagaimanapun rakan mangsa diselamatkan pemancing lain yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Operasi semalam membabitkan radius pencarian sehingga satu kilometer sehingga ke pulau berhampiran sebelum ditangguhkan jam 7 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 1:26 PM