OPERASI SAR di lokasi. FOTO Ihsan Bomba
OPERASI SAR di lokasi. FOTO Ihsan Bomba
Nur Izzati Mohamad


Kepala Batas: Dua lelaki yang berenang untuk melarikan diri ketika operasi polis dikhuatiri lemas di laut dekat Kompleks Pasar Bisik Ikan, Kuala Muda, Penaga, di sini, awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.32 pagi berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dengan bantuan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Difahamkan, dua mangsa lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti dikhuatiri lemas.

"Mereka berdua dilaporkan berenang ketika melarikan diri dari operasi yang dijalankan pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi SAR kini sedang dijalankan dengan menggunakan kaedah surface searching.

"Pusat kawalan bomba (PKB) juga dibuka di lokasi kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 8:47 AM