Fuziah Salleh. FOTO BERNAMA
Fuziah Salleh. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberikan lesen khas kepada pemborong di negeri terbabit banjir untuk menambah stok simpanan barangan keperluan asas.

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata ia sebagai langkah persediaan jika berlakunya insiden bekalan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung, terputus di kawasan dilanda bencana itu.

"Kita sudah mengeluarkan arahan kepada negeri yang selalu terbabit dengan banjir untuk memberi lesen khas (kepada pemborong) untuk menambah simpanan stok mereka.

"Kelantan sudah pun memulakan di mana mereka melantik lebih 100 pemborong...mereka menambah stok 30 peratus supaya kalau terputus bekalan, mereka sudah ada simpanan stok tambahan di pemborong-pemborong yang dilantik KPDN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Kewangan Mampan 2023 di Bangunan Parlimen hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 7:03 PM