GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Polis akan merujuk semula kertas siasatan berhubung kejadian buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Kuala Kangsar susulan beberapa arahan khusus yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perak pada 6 November lalu.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya pada 9 November untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

"Pihak Peguam Negara kemudiannya memberikan beberapa arahan khusus untuk melengkapkan siasatan seperti laporan penuh perubatan mangsa dan sebagainya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan itu tindakan sedang diambil oleh pihak Pegawai Penyiasat kes itu untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan kepada AGC dalam masa terdekat setelah semua tindakan dan laporan diperolehi.

Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, berpandukan hantaran yang tular di media sosial.

Berita berkaitan:

Saya bukan suka-suka kongsi insiden buli - ibu mangsa

KPM tidak kompromi kes buli, gangguan seksual

PIBG MCKK, ahli keluarga mahu ambil tindakan undang-undang

Kes buli di MCKK, KPM tak akan pilih bulu

PIBG MCKK kesal kejadian buli ditularkan

Polis sahkan ada kes buli di sekolah berasrama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 12:52 PM