NELLY menang lima kejuaraan berturut-turut sebelum ini.
NELLY menang lima kejuaraan berturut-turut sebelum ini.
AFP

New York: Pilihan utama Nelly Korda yang kembali beraksi selepas berehat dua minggu mengintai peluang menjuarai gelaran keenam LPGA berturut-turut di Piala Founder minggu ini.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 25 tahun itu menyamai pencapaian Annika Sorenstam dan Nancy Lopez dengan rekod lima kemenangan berturut-turut selepas menjuarai Kejohanan Chevron bulan lalu yang juga kejohanan utama wanita musim ini.

Bagaimanapun, juara bertahan Olimpik itu yang tiba di Upper Montclair Country Club di Clifton, New Jersey berkata, dia tidak mempunyai cukup masa untuk memikirkan trofi keenam.

"Saya tak terlalu memikirkannya walaupun berehat dua minggu," kata Nelly yang menghadiri Met Gala di Manhattan minggu lalu.

Nelly memulakan siri kemenangannya pada Januari apabila menjuarai Kejohanan Drive On di tempat sendiri Bradenton, Florida.

Dia kemudiannya berehat seketika sebelum muncul juara tiga kali berturut-turut, Seri Pak pada Mac dan Match Play (April).

Dua minggu selepas itu dia menjuarai kejohanan utama keduanya dengan merangkul Kejohanan Wanita PGA .

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 12:48 PM