Sejarah kenderaan Volvo di negara ini agak panjang. Ia bermula dengan pembukaan kilang pemasangan mereka di Shah Alam pada 1966 dan merupakan antara jenama kereta antarabangsa pertama untuk bertapak di Malaysia.

Model pertama yang dikeluarkan ialah Volvo 144 pada 1967 yang menjadi asas kepada perkembangan jenama kenderaan dari Sweden itu.

Kilang pemasangan Volvo adalah antara yang paling lama di Malaysia yang masih bertahan sehingga kini. Ia juga pelopor dalam industry automotif negara dan menghasilkan kenderaan eksport bagi pasaran serantau di Indonesia, Taiwan, Thailand, Filipina dan Vietnam. Kenderaan Volvo terutama menerusi model Volvo 240 cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia sebagai kereta golongan yang berpangkat.

Ia juga digunakan untuk kegunaan rasmi atau peribadi.

Malah banyak juga model ini digunakan di dalam filem Melayu bagi memperlihatkan gaya dan status dalam naratif penceritaan.

Ia juga terkenal sebagai kereta paling selamat dan kerangkanya yang kukuh menjadi pilihan utama golongan pembeli atasan.

Namun penciptaan yang memberikan impak kepada industri ialah dengan pengenalan tali pinggang keledar bersama ciri keselamatan tiga pin pada 1959.

Ciptaan ini tidak dipatenkan Volvo supaya khalayak ramai boleh menggunakannya secara meluas dalam setiap model kenderaan yang dipandu.

MODEL pertama yang dikeluarkan ialah Volvo 144 pada 1967. - Gambar DSF
MODEL pertama yang dikeluarkan ialah Volvo 144 pada 1967. - Gambar DSF

Sehingga kini, ciptaan keselamatan berkenaan dinikmati oleh kesemua peringkat dan dianggar menyelamatkan lebih daripada sejuta nyawa di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan.

Malah kenderaan Volvo juga antara yang termaju daripada aspek keselamatan dengan pengenalan Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) yang pertama untuk kenderaan pada 2004.

Kini, ia didatangi sebagai ciri yang standard untuk kebanyakan model kereta di dunia.

Ia juga memperkenalkan ciri Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) yang menambah ciri kemudahan dan keselesaan kepada pemandu terutamanya Ketika mereka menempuhi kesesakan jalan raya.

Seperti ciri yang sebelumnya, hampir kebanyakan jenama kenderaan di dunia turut menawarkannya.

Sejak itu Volvo terus berkembang bersama arus kemodenan dengan menawarkan rekaan baharu.

Contohnya, Volvo S40 pada pertengahan 90-an dan Volvo V40 sebagai kenderaan station wagon yang sentiasa menjadi idaman penulis terutama jika melihat unit yang digunakan oleh Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai rondaan di lebuh raya pada waktu itu.

Biarpun merentasi zaman, jenama Volvo kekal sebagai pilihan golongan professional kerana ciri pemanduan yang selamat dan stabil selain ketahanan enjin yang menjadikannya terus relevan dalam pasaran. Volvo juga semakin dikenal sebagai jenama yang memangkin agenda kelestarian dan gaya hidup elektrik.

Ini terbukti pada 2016, apabila Volvo Car Malaysia memperkenalkan model Plug-In Hibrid Elektrik (PHEV) pemasangan tempatan CKD pertama di Malaysia, iaitu Volvo XC90 Recharge. Malaysia juga merupakan negara yang pertama untuk memasang Volvo XC90 selain Sweden dan seterusnya memperkenalkan kesemua rangkaian kenderaan terbaru mereka dalam versi PHEV pada tahun 2021.

GENTING HIGHLAND 05 OCTOBER. New model Volvo XC40 at Genting SkyAvenue. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
GENTING HIGHLAND 05 OCTOBER. New model Volvo XC40 at Genting SkyAvenue. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Seiring dengan perubahan hala tuju syarikat untuk mengurangkan pelepasan emisi dan karbon neutral pada 2040, Volvo juga turut menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang sepenuhya dan sudah mula diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Malah model CKD mula ditawarkan pada 2022 menerusi model Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan model Volvo C40 Recharge Pure Electric sebagai penawaran terbaharu.

Sempena Sambutan Ulangtahun ke-96 Volvo Car dan Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia, Volvo kini menawarkan promosi yang menarik untuk pembeli model Volvo XC40 dan Volvo C40 (Recharge Pure Electric) sehingga 30 September hadapan dengan menawarkan Perkhidmatan Pembiayaan Volvo Car seperti:

1. Pengurangan harga akhir segera berjumlah RM20,000 daripada pinjaman prinsipal dan mengurangkan jumlah bayaran bulanan dengan Perkhidmatan Pembiayaan Volvo Car (Volvo Car Financial Services).

2. Kadar istimewa untuk penjimatan pada pembiayaan bulanan.

3. Menikmati tempoh pembiayaan lebih pendek dengan pembayaran tepat pada masanya dan tiada caj tambahan bagi penyelesaian awal.

Menerusi pembelian Volvo XC40 dan Volvo C40 (Recharge Pure Electric) dari sekarang hingga 30 September hadapan, pelanggan bakal menerima pakej promosi istimewa bernilai hampir RM20,000.

Ia meliputi Plan Servis Volvo (VSP) selama 5 tahun bernilai RM12,900 iaitu pakej komprehensif Volvo Car Malaysia yang meliputi lima servis pertama kereta termasuk komponen wear-and-tear, kos buruh, kemaskini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan. Pembeli juga menikmati insurans kereta percuma untuk tahun pertama yang bernilai RM7,000.

Jadi untuk mendapatkan tawaran menarik pembelian kereta Volvo ini, orang ramai dan bakal pembeli boleh berkunjung ke pameran Volvo's Makers of Tomorrow yang diadakan di Bangsar Shopping Centre dari 16 hingga 20 Ogos 2023.

Pelbagai tawaran hebat menanti pengunjung terutamanya buat mereka yang mahu memiliki kenderaan EV, inilah waktu yang sesuai bagi mendapatkan pembiayaan dengan kadar faedah dan pakej menarik daripada Volvo Car Malaysia.

Selain itu, turut diadakan pameran kereta klasik Volvo yang banyak mengimbau kenangan dalam kehidupan rakyat di negara ini termasuk model 144 sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan dan perkembangan jenama Volvo di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 11:27 AM