RAIKAN ulang tahun ke-97, Volvo tawar hadiah menarik bernilai RM50,000.
RAIKAN ulang tahun ke-97, Volvo tawar hadiah menarik bernilai RM50,000.
Lizam Ridzuan


Beli kereta dan menangi hadiah percutian sudah pasti sesuatu yang pernah ditawarkan, namun melawat ke ibu pejabat asal sesuatu jenama automotif dari Eropah itu adalah sesuatu yang berbeza!

Untuk itu Volvo Car Malaysia menganjurkan Jualan Ulangtahun Volvo untuk meraikan ulang tahun ke-97 jenama itu yang menawarkan pakej percutian ke Sweden untuk dua orang bernilai RM50,000.

Acara yang berlangsung selama tiga hari dari 26 April 2024 (Jumaat) hingga 28 April 2024 (Ahad) di Sentul Depot, Kuala Lumpur itu atau mana-mana pengedar sah Volvo lain di seluruh negara.

Untuk pelanggan yang ingin membeli model elektrik (EV) Volvo seperti C40 Recharge Pure Electric dan XC40 Recharge Pure Electric, anda berpeluang merebut rebat tunai sehingga RM15,000 dan juga promosi tambahan istimewa sempena ulang tahun ke-97 jenama itu.

Tambahan pula, pelanggan yang membeli mana-mana model EV Volvo juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke Gothenburg, Sweden. Antara tarikan utama adalah lawatan ke pusat pameran World of Volvo yang baru sahaja dibuka buat pertama kalinya 14 April lalu.

Volvo C40 Recharge Pure Electric, yang telah dikemas kini untuk model tahun 2024, menampilkan jarak pemanduan sebanyak 550km*, meningkat 100km berbanding sebelumnya. Ia juga menampilkan pengecasan DC yang lebih pantas untuk pek bateri yang lebih besar**, teknologi lampu depan piksel dan pilihan warna Vapor Grey baharu.

Model XC40 Recharge Pure Electric pula adalah EV pertama untuk Volvo dengan ciri prestasi serta pecutan sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh kurang daripada lima saat.

Model lain daripada Hibrid dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) seperti Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge juga disediakan tawaran yang menarik untuk setiap pembelian.

MODEL PHEV, XC60.
MODEL PHEV, XC60.

EV pertama Volvo, XC40 Recharge Pure Electric.
EV pertama Volvo, XC40 Recharge Pure Electric.

C40 tampil gaya coupe pada SUV.
C40 tampil gaya coupe pada SUV.

Untuk yang ingin mencari kereta terpakai, Volvo SELEKT juga terdapat dalam acara ini yang menawarkan rangkaian kenderaan berkualiti dengan pemeriksaan penuh dilakukan oleh pihak Volvo Car Malaysia.

Tambah menarik, sebagai tanda 97 tahun warisan dan inovasi keselamatan Volvo di jalan raya, 97 pelanggan pertama yang membuat pesanan dalam tempoh tiga hari itu akan menerima 'Kotak Hadiah Volvo' eksklusif semasa penghantaran kereta baharu mereka.

Volvo Birthday Sale bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan selain Kuala Lumpur, ia juga diadakan di iRoll, Ipoh, Western Circle, Juru, Federal Auto Cars Pulau Pinang, AJ Premium, Batu Pahat, Pekin Auto, Johor Bahru, Seong Hoe, Melaka, Sebangga Mitsinbo, Kota Kinabalu dan Fotroende Automobile, Kuching.

Peluang yang menarik ini tidak harus dilepaskan untuk meraikan bersama Volvo dengan peluang mendapatkan kenderaan baharu dengan tawaran menarik.

Daftar segera untuk memesan tempahan anda dan nikmati perkhidmatan peribadi Jualan Ulangtahun Volvo di laman web Volvo Car Malaysia.

  • Jumlah jarak adalah mengikut Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure ("WLTP") yang didapati menerusi ujian makmal. Jumlah jarak dalam dunia sebenar mungkin berbeza daripada angka yang dinyatakan.

  • Masa pengecasan bergantung kepada faktor seperti suhu luar, suhu bateri semasa, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan keadaan kereta.
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 6:49 AM