Hanis Aliaa Hidzir

UMAT Islam seluruh dunia pasti teruja dengan ketibaan Ramadan bagi meraih ganjaran berganda dalam setiap amal ibadah yang dilakukan.

Selain ibadah wajib seperti berpuasa, solat dan zakat fitrah, amalan sunat seperti bersedekah turut dinantikan umat Islam yang ingin berinfak pada bulan mulia ini.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Surah Al-Baqarah ayat 261)

Ini menunjukkan tidak kira berapa nilai yang disedekahkan dengan seikhlas hati akan mendapat ganjaran berganda dari Allah.

Lebih bermakna, pemberian yang mungkin tampak sedikit, sebenarnya besar buat golongan memerlukan terutama di bulan yang mulia ini.

Satu pesanan, derma satu hidangan

Bagi memberi peluang kepada umat Islam Malaysia untuk beramal pada Ramadan ini, foodpanda akan menyumbang satu hidangan kepada golongan memerlukan bagi setiap pesanan yang diterima melalui platform mereka.

Pengguna hanya perlu membuat pesanan penghantaran makanan, pesan dan ambil, atau barangan runcit melalui shops dan pandamart menggunakan kod 'PANDA'.

Lebih menarik, pengguna yang memesan Coca-Cola menggunakan kod 'PANDA' akan menyumbang dua hidangan setiap kali mereka berbuat demikian.

Setiap kod baucar yang digunakan akan disumbangkan ke Dapur Mesra PERTIWI menerusi kerjasama foodpanda dan OhKasih.

Tonton video kolaborasi di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha foodpanda menggalakkan orang ramai membuat pesanan sambil menyumbang makanan sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, pelanggan yang menggunakan kod 'PANDA' juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan foodpanda di OHBULAN! dan berpeluang menjadi 15 individu bertuah untuk memenangi dua tiket wayang TGV Indulge.

Ikuti langkah mudah di bawah untuk menyertai peraduan ini:

  1. Buat pesanan di foodpanda sepanjang Ramadan menggunakan kod 'PANDA'
  2. Tangkap layar resit dengan nombor pesanan, tarikh pembelian dan kod baucar
  3. Muat naik tangkap layar resit berkenaan di ruangan komen hantaran Facebook OHBULAN!
  4. Jawab soalan "Dengan siapakah anda berkongsi hidangan berbuka puasa ini dan mengapa?" dalam 20 hingga 50 patah perkataan.

Berkongsi rezeki dan keberkatan Ramadan tahun ini dengan mereka yang memerlukan bersama foodpanda. Pesan di aplikasi foodpanda sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2023 @ 2:56 PM