HABIB bakal menjadi nadi jentera tengah KDA FC apabila bertemu PDRM FC, petang esok. FOTO KDA FC
HABIB bakal menjadi nadi jentera tengah KDA FC apabila bertemu PDRM FC, petang esok. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain tengah import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon bakal turun dengan semangat juang tinggi untuk memulakan aksi pertama Liga Super menentang PDRM FC di Stadium Selayang, petang esok.

Bekas tonggak Terengganu FC (TFC) itu berkata, ia menjadi perlawanan sangat sangat dinantikannya selepas kembali semula ke Liga Malaysia pada musim ini.

"Saya rasa tidak sabar dan teruja untuk berjuang bagi memulakan cabaran Liga Super musim ini yang saya anggap begitu kompetitif.

"Kita tahu pertemuan dengan PDRM FC pasti sengit kerana mereka memiliki pemain baharu yang berwibawa pada musim ini dan inilah masanya untuk kami membuktikan keberkesanan sejak awal pramusim ini.

"Apabila berhadapan dengan pasukan seperti mereka, sudah pasti ia membangkitkan azam dan semangat untuk membawa pulang tiga mata," katanya.

Habib yang kembali bergabung dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain bersyukur dengan corak persefahaman terjalin antara dirinya dan semua rakan sepasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 5:31 PM