Muhammad Najmir Razaman

Pasaran kenderaan ulititi sukan (SUV) terus mendominasi segmen-C (bukan jenama nasional) di Malaysia.

Dengan kemunculan pelbagai pilihan yang berdaya saing baik dari kelas permulaan mahupun pilihan premium, kenderaan SUV terus menjadi pilihan golongan elit bandar di Malaysia yang berminat dalam pengembaraan 'off-road' atau aktiviti jalan lasak.

Menyedari akan peluang ini, salah satu jenama SUV kegunaan lasak premium, JAECOO, bertekad memenuhi keperluan dan kehendak pengguna mereka di Malaysia.

Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen berkata, jenama itu bersedia memenuhi kehendak golongan elit bandar di Malaysia dan menggemari gaya hidup aktif.

"Kami memahami bahawa pengguna menginginkan sebuah kenderaan yang mampu mengharungi sebarang jenis permukaan jalan di samping memberikan pengalaman pemanduan lasak yang mengagumkan.

"Oleh itu, JAECOO kini bersedia memberikan pengalaman terbaik bagi memenuhi kepuasan pengguna," katanya.

Dalam satu jamuan iftar khas wakil media bersempena dengan bulan Ramadan baru-baru ini, Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, mengulas mengenai peluang pasaran kenderaan SUV di Malaysia.

"Pelancaran JAECOO adalah tepat pada masanya. Ia seiring dengan permintaan kenderaan SUV yang semakin bertambah di Malaysia.

"Kami juga percaya bahawa JAECOO berada pada kedudukan kukuh bagi menjadi pencabar utama dalam pasaran SUV segmen-C berdasarkan sambutan positif yang diterima daripada bakal pelanggan," katanya.

Tinjau Selidik Permintaan Automotif Global Nielsen sebelum ini melaporkan bahawa golongan kelas pertengahan yang semakin meningkat naik bakal memacu permintaan automotif di Malaysia.

Selepas sedekad laporan itu diterbitkan, Malaysia terus melihat pertumbuhan kelas pertengahan dengan pendapatan boleh guna yang semakin tinggi.

Ia juga menjadi satu trend yang dapat dilihat di seluruh rantau ASEAN menurut Laporan Pelaburan ASEAN 2023.

Justeru, JAECOO lebih memfokuskan kepada golongan kelas pertengahan yang terbabit dalam perkembangan pantas ekonomi digital ini bagi memasarkan kenderaan keluaran mereka.

Jenama SUV ini turut mengambil kesempatan daripada trend global yang menyaksikan kecenderungan pengguna terhadap aspek keselesaan dan keselamatan autonomi, jarak lebih tinggi dari permukaan, kedudukan pemandu yang tinggi, keteguhan serta keupayaan pemanduan lasak yang dijangka akan memacu perkembangan pasaran SUV pada tahun-tahun akan datang.

Bagi tahun 2024, JAECOO akan memperkenalkan model J7, sebuah kenderaan SUV bagi kegunaan lasak premium dalam pelancaran sulung yang dijadualkan pada separuh pertama 2024.

Reka bentuk J7 yang kini dipamerkan di bilik pameran JAECOO melambangkan semangat pengembaraan dan daya ketahanan yang digabungkan dengan gaya serba canggih.

Ia dapat dilihat melalui reka bentuk pemegang pintu mirip kapal perang, penukar gear yang diilhamkan daripada jet pejuang dan gril "air terjun" turus yang tersendiri.

Menawarkan tahap keselamatan tinggi dengan teknologi pintar berpandangan jauh, JAECOO melengkapkan J7 dengan 21 fungsi pemanduan pintar menerusi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) kenderaan.

Antaranya termasuklah paparan cermin hadapan (W-HUD) dengan kamera papan pemuka terbina, 64 lampu ambien, pengecasan tanpa wayar 50W yang lengkap dengan penyejuk serta pelbagai keselesaan moden lain bagi memastikan pemandu bukan sahaja dibekalkan dengan tahap keselamatan tertinggi tetapi juga keselesaan mewah.

Pengguna yang berminat dijemput bagi merasai sendiri kecanggihan model J7 di bilik pameran JAECOO Premiere Experience bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi-lokasi berikut:

  • Desa Park City, Kuala Lumpur: 7 hingga 17 Mac 2024
  • Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur: 19 hingga 23 Mac 2024
  • One Utama, Petaling Jaya: 10 hingga 14 April 2024
  • Mid Valley, Kuala Lumpur: 25 hingga 28 April 2024
  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 15 hingga 19 Mei 2024

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 1:09 PM