Mohammad Asyraf Khalib

PELANCARAN telefon pintar mercu baharu HONOR Magic5 Pro yang dijadualkan berlangsung di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023 tidak lama lagi mula menjadi bualan ramai peminat teknologi.

Sementara menanti ketibaan hari berprestij itu, HONOR Malaysia melancarkan kempen Share Your Experience & Win HONOR bagi mengajak orang ramai memberi ulasan eksklusif mengenai peranti berkenaan.

Sepanjang kempen berlangsung, peserta atau HONOR Experiencers berpeluang mencuba dan meneliti pelbagai aspek seperti keupayaan kamera, skrin, daya tahan bateri, sistem operasi dan prestasi peranti. 

Lebih menarik, kempen ini juga membolehkan peserta memahami proses perkembangan produk serta mencuba sistem Magic OS 7.0 yang baharu.

Ia terbuka kepada semua penggemar dunia fotografi telefon pintar terutama mereka yang gemar berkongsi foto di media sosial. 

Permohonan untuk menyertai pasukan HONOR Experiencers akan ditutup pada 23 Februari ini dan kempen akan bermula secara rasmi pada 28 Februari hingga 24 April 2023. 

HONOR Experiencers yang terpilih dikehendaki menyiapkan tugasan mingguan dengan memuat naik pengalaman hebat mereka di sosial media. 

Seramai 30 HONOR Experiencers dengan markah tertinggi pada akhir kempen bakal membawa pulang sebuah HONOR Magic5 Pro, selain turut berpeluang dipilih sebagai jurucakap kempen. 

Bagi peminat teknologi yang berminat untuk bergelar HONOR Experiencers, anda boleh menghantar permohonan penyertaan menerusi pautan ini

Maklum balas pengguna jadi keutamaan

Menurut HONOR, kempen Share Your Experience & Win HONOR dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas yang telus daripada pengguna sebenar sekali gus memberi peluang kepada HONOR untuk memahami tabiat penggunaan pengguna tempatan.

Walaupun pelaksanaan kempen ini sebelum pelancaran rasmi produk, ia adalah satu langkah berani dalam usaha memacu HONOR Magic5 Pro sebagai peranti terbaik yang mampu menawarkan teknologi canggih dan relevan kepada pengguna masa kini.

Menjadi antara jenama teknologi termaju dunia, HONOR sentiasa komited mengejar kemajuan dalam bidang kajian dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi inovatif untuk telefon pintarnya. 

Siri Magic menjadi contoh penemuan terbesar HONOR dalam teknologi masa hadapan dan memenuhi permintaan tinggi pengguna yang mendambakan inovasi teknologi yang lebih baik.

Pelancaran di Barcelona

Susulan pelbagai siri kejayaan dicapai HONOR Magic4 Pro tahun lalu, selain menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia, HONOR bakal melancarkan Siri HONOR Magic5 di MWC Barcelona 2023 dengan menampilkan rekaan mercu terbaharu HONOR.

MWC di Barcelona, Sepanyol adalah kongres gajet terbesar di dunia menempatkan pelbagai jenama gajet seluruh dunia yang masing-masing mengintai peluang untuk melancarkan peranti terbaharu.

Dalam usaha menghasilkan telefon pintar yang lebih berkualiti, Siri HONOR Magic5 akan menampilkan beberapa ciri yang bakal menguji had inovasi peneraju industri semasa, menjadikan pelancaran tersebut dinanti-nantikan untuk tahun ini. 

Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai HONOR Magic5 Pro, layari www.hihonor.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2023 @ 4:48 PM