WANITA yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur. FOTO Ihsan Bomba
WANITA yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Seorang wanita cedera selepas terjatuh dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur, Taman Melawati di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan berhubung kehilangan wanita terbabit pada 2.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, Datuk Norazam Khamis berkata, pencarian dibahagikan kepada dua trek laluan pendakian dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

"Pada 11.08 pagi, mangsa yang dikenal pasti S Sangeta berusia 26 tahun ditemukan dan dilaporkan sedar, namun cedera akibat jatuh dari puncak bukit ke dalam gaung.

"Anggota menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kini dalam keadaan stabil dan usaha untuk menaikkan mangsa dari gaung giat dijalankan.

"Siasatan lanjut berhubung mangsa bersama siapa dalam pendakian kini sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 1:36 PM