Noraniza Azmi

Kuala Lumpur: Pada bulan ramadan ini, ramai artis tempatan dan selebriti terkenal bakal bersama-sama anda menerusi sesi strim secara langsung Moreh Bersama Lazada yang akan diadakan pada 23 April ini dari jam 10 malam hingga 11 malam.

Antara selebriti yang akan turut serta ialah Sharifah Shahirah, Haziq Hussni, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hafiz Hamidun, Syamel dan Erni Zakri. 

Image

Sesi moreh dalam talian ini dianjurkan khusus buat rakyat Malaysia yang jauh dari keluarga dan sahabat handai disebabkan wabak Covid-19.

Malah, secara tidak langsung membantu usaha negara mengekang penularan virus dengan menyediakan sokongan buat rakyat Malaysia untuk terus berhubung secara sosial dengan selamat di rumah dan pada masa sama merangsang ekonomi digital.

Ketika anda berinteraksi dengan artis kegemaran, baucar diskaun RM23 tanpa had perbelanjaan minimum boleh dikumpulkan dan kemudian digunakan di seluruh platform membeli-belah dalam talian Lazada seperti Lazat Bazaar , platform yang menyediakan menu kegemaran autentik tempatan serta Lazada Ada Sentuhan Raya Sale untuk persiapan raya di mana tawaran Hari-Hari Jimat dan baucar penghantaran percuma turut ditawarkan.

Manakala, tawaran Lazada Flash Sale serendah RM0.55 akan disiarkan menerusi strim langsung untuk penonton LazLive membeli keperluan berbuka puasa dan pelbagai lagi barangan pada harga diskaun untuk masa terhad. 

RM12,000 kredit Lazada Wallet menanti anda!

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi 'seribu-sebulan' kredit Lazada Wallet menerusi pertandingan Moreh Bersama Lazada yang akan berlangsung 23 April hingga 30 April 2021. 

Setiap hari sepanjang tempoh pertandingan berlangsung, individu dengan perbelanjaan tertinggi di Lazada akan diumumkan dan bakal menerima RM1,000 kredit Lazada Wallet setiap bulan selama satu tahun sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM12,000 kredit Lazada Wallet untuk setiap pemenang. 

Ia dikreditkan terus secara automatik kepada akaun Lazada Wallet pemenang setiap bulan bermula Mei 2021. *tertakluk kepada terma dan syarat

Semua pengguna Lazada layak menyertai pertandingan Moreh Bersama Lazada dan sejumlah lapan pemenang akan diumumkan sepanjang tempoh pertandingan.

Individu dengan perbelanjaan paling tinggi akan diberitahu menerusi saluran sosial rasmi Lazada Malaysia serta dimaklumkan menerusi e-mel rasmi. 

Ketika negara masih lagi berjuang menghapuskan pandemik Covid-19, Lazada kini menjadi pusat sehenti destinasi gaya hidup rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan harian dan juga hiburan dari rumah. 

Moreh Bersama Lazada adalah satu inisiatif untuk memberi semula kepada komuniti pembeli dalam talian di Malaysia sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jadi, jangan lepaskan peluang menonton Moreh Bersama Lazada di LazLive menerusi aplikasi Lazada.

Selain itu, sesi strim langsung ini juga boleh disaksikan menerusi saluran sosial rasmi Lazada, TV3 dan saluran Youtube OHBULAN!.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 8:05 PM