Muhammad Najmir Razaman

SEBAGAI peneraju jenama peranti pintar, Redmi terus komited dalam memberikan hanya yang terbaik buat penggunanya.

Terbaharu, syarikat jenama terkenal ini menambah siri terbaharu ke dalam koleksi peranti pintar mereka iaitu Siri  Redmi Note 12.

Mempertaruhkan tiga model utama iaitu Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G, siri ini diyakini mampu memberikan pengalaman serba baharu buat mereka yang menggunakannya.

Bawa ciri peranti kelas perdana 

Model Redmi Note 12 Pro+ 5G menjadi tumpuan pada pelancaran kali ini kerana didatangkan dengan sistem tiga kamera serba canggih.

Untuk pertama kalinya, peranti Redmi Note 12 Pro+ 5G didatangkan dengan kamera utama 200MP yang didayakan oleh sistem Optical image stabilization (OIS) yang kebanyakannya hanya terdapat pada peranti kelas perdana.

Kamera ultra lebar dan makro pada peranti canggih ini juga dipasang bagi memberikan tangkapan gambar yang mengagumkan walaupun dalam keadaan cahaya malap sekali gus memberikan pengalaman fotografi serba baharu buat pengguna.

Redmi Note 12 5G pula menjanjikan pengalaman fotografi yang tak kurang hebatnya menerusi tiga kamera utama 48MP, sudut kamera ultra-lebar dan makro yang menjanjikan hasil gambar sempurna meskipun diambil dalam keadaan pengcahayaan yang terhad.

Selain algoritma perisian AI yang berkuasa, kelajuan pemprosesan imej yang tinggi dan ciri utiliti lain juga melengkapkan lagi pengalaman penggunaan kamera peranti ini secara keseluruhan.

Redmi Note 12 pula didatangkan dengan sistem kamera Xiaomi AI triple 50MP dan perisian mod malam yang pastinya memberikan kualiti dan pengalaman terbaik ketika mengambil gambar.

Prestasi peranti yang dipertingkat

Ketiga-tiga model dari siri ini didatangkan dengan paparan AMOLED Aliran 120Hz yang terang dan jelas serta disokong oleh Dolby Vision® dan Dolby Atmos®.

Bingkai AMOLED fleksibel yang terdapat pada peranti Redmi Note 12 Pro+ 5G dan Redmi Note 12 5G juga menjadi nilai tambah kerana ia menjadikan reka bentuk peranti lebih tipis sekali gus memberikan pengalaman visual yang lebih hebat dan mengasyikkan.

Redmi Note 12 Pro+ 5G dan Redmi Note 12 5G dikuasakan oleh platform mudah alih Snapdragon® 4 Gen 1 yang membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi secara mudah pada satu-satu masa dengan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan.

Tidak kurang hebatnya, Redmi Note 12 pula dikuasakan dengan Snapdragon® 685 yang pastinya memberikan pengalaman mengguna peranti pintar yang lebih lancar.

Dari segi pengecasan pula, Redmi Note 12 Pro+ 5G dibina dengan kelajuan pengecasan peringkat perdana, dengan 120W HyperCharge2, bateri tahan lama 5000mAh dan Xiaomi Surge P1 chipset.

Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 pula hadir dengan keupayaan pengecasan pantas 33W dan bateri tahan lama 5,000mAh.

Bukan itu sahaja, cipset MediaTek Dimensity 1080 berprestasi tinggi yang dipasang pada model siri ini juga memastikan pengguna mengalami prestasi 5G yang lebih lancar ketika menggunakannya.

Pra-tempah siri Redmi Note 12

Siri Redmi Note 12 akan mula dijual bermula 6 April melalui kedai sah Xiaomi serta kedai dalam talian rasmi iaitu Lazada dan Shopee.

Tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Hitam, Putih dan Hijau Flora, Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB) akan mula dijual pada harga RM1,599.

Siri Redmi Note 12 5G yang didatangkan dengan empat warna iaitu Onyx Grey, Mint Green dan Ice Blue berserta storan dalaman 8GB+256GB akan dijual pada harga RM1,099 manakala siri Redmi Note 12 dengan storan dalaman 8GB+128GB pula akan mula dijual pada harga RM799.

Bersempena dengan Festival Peminat Xiaomi bermula 6 sehingga 13 April 2023, setiap pra-tempah telefon pintar siri Redmi Note 12 melayakkan anda untuk mendapat Redmi Smart Band 2 percuma (selagi stok masih ada), serta diskaun dan tawaran lain semasa festival berlangsung.

Anda juga berpeluang memiliki fon telinga Xiaomi, baucar Xiaomi bernilai RM20 dan Redmi Buds 4 apabila membeli sebarang peranti Xiaomi sepanjang festival diadakan.

Pra-tempah peranti anda sekarang di Shopee dan Lazada.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 9:34 PM