Lagu baru Watsons menampilkan artis baru dan lama, memang meriah! - FOTO Watsons
Lagu baru Watsons menampilkan artis baru dan lama, memang meriah! - FOTO Watsons
Nurshafika Suhaimi

SETIAP kali tiba bulan Syawal, pasti akan muncul seleksi lagu Aidilfitri yang baru.

Lagu-lagu klasik daripada penyanyi lama sering menjadi pilihan kebanyakan pusat membeli-belah dan stesen radio tempatan. 

Kebiasaannya lagu-lagu yang diputarkan di stesen radio merupakan pilihan pendengar dan antara yang terbaik sepanjang zaman.

Menyedari hakikat itu, Watsons tampil dengan buah tangan baharu menerusi lagu raya, #RayaUnikRayaIkonik dengan gabungan antara artis baru dan lama. 

Antara selebriti yang terlibat dalam iklan raya Watson tahun ini adalah Ayda Jebat, Nabil Mahir, Chef Wan, Loca B, Dolla dan artis lagenda tanah air, Amy Search. 

Pasti meriah raya anda dengan gabungan-gabungan hebat artis tempatan ini. Barulah raya!

Raya Unik Raya Ikonik!

Kisah bermula apabila pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Nabil Mahir pulang ke kampung berhari raya untuk melawat Pak Long, watak yang dibawakan oleh Chef Wan akhirnya bertukar menjadi suasana meriah.

Ayda memperkenalkan ahli keluarganya kepada Nabil yang terdiri daripada Pak Ngah, Mak Cu dan sepupunya, Loca B yang mempunyai keunikan tersendiri dan gaya yang berbeza.

Pelbagai kerenah ditonjolkan menerusi watak mereka sehinggakan tak kering gusi melihat gelagat masing-masing.

Bayangkan, watak Pak Ngah yang dilakonkan oleh Amy Search menjadi seorang Rockstar hanya kerana putus cinta.

Lebih menarik apabila, kumpulan Dolla turut memeriahkan video raya kali ini dengan persembahan mereka yang mantap. Ditambah pula dengan nyanyian rap daripada Loca dan suara padu Amy Search!

Promosi hebat sehingga 50 peratus potongan harga

Sempena bulan Syawal ini, Watsons akan melancarkan beberapa video hebat dalam penjagaan kulit, produk kesihatan, penjagaan mulut dan alat solek untuk memastikan hari raya anda lebih bersinar.

Apa yang menarik, semua produk ditawarkan mempunyai promosi hebat sehingga 50 peratus diskaun bagi setiap produk yang terpilih.

Produk penjagaan kulit

Pastikan anda dapatkan produk yang ditawarkan untuk mendapatkan kulit yang berseri di pagi raya. Barulah rasa semangat nak beraya!

Produk penjagaan Kesihatan

Untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari Syawal, pastikan anda membeli produk kesihatan yang ditawarkan.

Bukan sahaja bertenaga, malah dapat membantu kesihatan anda terutama di musim pandemik ini.

Produk penjagaan diri

Selain dari kecantikan luaran dan dalaman, pastikan anda menggunakan produk penjagaan diri yang betul yang terdiri daripada jenama Sunsilk, Herbal Essence dan banyak lagi.

Produk penjagaan mulut

Tidak ketinggalan juga, produk penjagaan mulut bagi memastikan nafas anda berbau segar sepanjang raya.

Anda boleh menikmati diskaun hebat seperti produk daripada Listerine Cool yang mampu membunuh 99 peratus kuman dalam mulut.

Produk kosmetik

Akhir sekali, tampil cantik seperti selebriti dengan produk kosmetik yang ditawarkan. Barulah menawan di hari raya!

Belanja dan menang sehingga RM3 juta

Image

Bermula 30 Mac 2021 hingga 24 Mei 2021, anda berpeluang memenangi hadiah peralatan elektronik Panasonic dan baucar tunai bernilai sehingga RM3 juta dengan setiap pembelian produk di Watsons bernilai RM80 dan ke atas dalam satu resit.

Anda hanya perlu menggunakan kad ATM MyDebit dan imbas kod QR Watsons yang disediakan dan menangi hadiah menarik ini.

Khas buat pemegang kad ahli Watsons, anda layak menyertai peraduan ini sebanyak dua kali.

Untuk maklumat lanjut berkaitan terma dan syarat Belanja dan Menang Watsons, anda boleh klik disini.

Diskaun segera RM10 dengan Grab Pay

Image

Selain itu, bermula 13 April 2021 hingga 26 Mei 2021, anda juga berpeluang menikmati potongan diskaun sebanyak RM10 dengan pembelian menggunakan aplikasi GrabPay.

Pembelian ini hanya terhad kepada 5,0000 transaksi pertama di kedai dan juga atas talian. Jangan lepaskan peluang ini dan muat naik aplikasi GrabPay dompet sekarang juga. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan terma dan syarat Raya Unik Ganjaran Ikonik dengan GrabPay, anda boleh klik disini.

Potongan khusus untuk produk kesihatan dan kecantikan

Image

Di samping itu, Watsons turut memberikan potongan sehingga 50 peratus khusus untuk produk kesihatan dan kecantikan mereka.

Anda boleh mendapat potongan sehingga RM8 apabila anda membelanjakan lebih dari RM80 untuk sebarang produk penjagaan wajah, tidak termasuk produk kesihatan kulit.

Untuk menikmati tawaran hebat ini, gunakan kod promo yang disediakan atau imbasan kod bar oleh kakitangan Watsons di kedai semasa pembelian anda.

Image

Jangan lepaskan peluang untuk Jualan Ikonik Watson dengan potongan hingga 50 peratus untuk rawatan diri, penjagaan kesihatan, penjagaan kulit, alat solek dan barangan rumah.

Buat mereka yang tidak sempat berkunjung ke mana-mana kedai fizikal Watsons, anda juga boleh membeli-belah di Jualan E-Bazaar Ikonik Watson dengan potongan hingga 75 peratus untuk semua barang Watsons, termasuk hadiah dan hamper!

Daftar segera, nikmati diskaun berganda

Jangan lupa daftar sebagai ahli untuk menikmati  lebih banyak promosi dan penjualan hebat Watsons.

Walau lain gaya, tetap sama sekeluarga. Selamat hari raya Aidilfitiri daripada Watsons

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 8:48 PM