Susu formula yang tulen, berkualiti dan selamat memberi jaminan terhadap tumbesaran anak yang sempurna. FOTO Friso Gold
Susu formula yang tulen, berkualiti dan selamat memberi jaminan terhadap tumbesaran anak yang sempurna. FOTO Friso Gold
Muhamad Shaifullah Tayep

KEBIMBANGAN dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan dilihat meningkat melalui kajian dijalankan laman web keibubapaan, theAsianParent, baru-baru ini.

Kajian dijalankan dari Disember 2019 hingga Februari 2020 terhadap 400 ibu yang mempunyai anak berumur satu tahun ke atas itu menunjukkan kebanyakan ibu mengharapkan jenama untuk lebih telus dalam mendidik ketulenan, keselamatan dan kualiti produk susu.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan 96 peratus ibu mahu tahu pemeriksaan kualiti ketika penghasilan makanan. 

Manakala, 92 peratus ibu mahu tahu tentang jenis kawalan kualiti kerana mereka merasakan maklumat tertera di pek produk tidak mencukupi.

Imbas kod QR

FOTO Friso Gold

Bagi menyelesaikan kerisauan itu, Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama, Friso Gold® TrackEasy yang membolehkan ibu bapa mengesan perjalanan sepenuhnya Frisomum Gold® dan Friso Gold® daripada sumber asli di ladang Netherlands hingga pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia.

Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram (g) untuk melihat perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® yang bermula dari sumber asli ladang Netherlands.

Terbaik dari ladang

Friso Gold dapat mencipta pengalaman unik ini kerana mereka hanya mengambil yang terbaik dari ladang di Netherlands dan mengawal keseluruhan pengeluaran susu dari rumput hingga gelas - memberikan lebih daripada sekadar nutrien kepada ibu dan anak.

Ini adalah sebab utama Friso Gold dapat menjamin ketelusan, keselamatan & kualiti produk kepada ibu bapa untuk ketenangan hati bahawa pilihan susu mereka sudah melalui pemeriksaan kualiti yang teliti di setiap titik sentuh utama.

Friso Gold® adalah jenama premium susu tepung rumusan untuk kanak-kanak  dan Frisomum Gold® adalah susu tepung untuk ibu mengandung.

FOTO Friso Gold

Saksikan pelancaran Friso Gold® TrackEasy secara maya pada 20 Jun ini jam 10 malam melalui laman YouTube dan Facebook Friso Gold Malaysia, dihoskan oleh Aishah Sinclair.

Sertai pelancaran ini untuk memahami inovasi TrackEasy dengan lebih baik dan berpeluang untuk memenangi baucar diskaun serta hadiah bernilai sehingga RM250,000!

Ketahui lebih lanjut mengenai Friso Gold® TrackEasy di laman web Friso Gold dan layari Shopee atau Lazada untuk membeli Frisomum Gold® atau Friso Gold®.

Dapatkan Sampel PERCUMA di sini hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 1:05 PM