Muhammad Najmir Razaman

PETALING JAYA: Haus Cosmetics sekali lagi membuktikan bahawa jenama kecantikan mereka setanding dengan produk antarabangsa.

Terbaharu, Haus Cosmetics menganjurkan majlis pelancaran Beaubright, suplemen kecantikan yang dirumus khas bagi mencerahkan dan menjadikan kulit kelihatan awet muda.

Suplemen dengan formulasi unik ini adalah hasil kolaborasi bersama seorang saintis dari Switzerland yang juga merupakan Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zulli.

Pengasas dan Pengarah Haus Cosmetic, Eiyma Jalil berkata, mereka sentiasa mengambil berat tentang kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan.

"Kami sentiasa mengutamakan kualiti dalam peghasilan produk dengan mengetengahkan teknologi terunggul yang terbukti berjaya memenangi anugerah antarabangsa serta halal dan selamat," katanya.

Justeru, Haus Cosmetics yakin bahawa kerjasama dengan saintis dari Switzerland ini mampu menghasilkan produk lokal yang menjadi pilihan penggemar produk kecantikan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Marsha Milan yang merupakan penyanyi bagi lagu tema Haus Cosmetics.

Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.

Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya 'Cantik Luar, Cantik Dalam'.

Rasa masam manis campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry juga menjadi antara tarikan utama suplemen ini selain mudah digunakan dan disahkan halal.

Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen Beaubright, kunjungi laman sesawang Haus Cosmetics atau lawati media sosial Haus Cosmetics di Facebook, Instagram dan Tiktok sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2022 @ 12:36 PM