NELAYAN yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di Muara Sungai Bernam ditemui maut. FOTO ihsan Bomba
NELAYAN yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di Muara Sungai Bernam ditemui maut. FOTO ihsan Bomba
Balqis Jazimah Zahari


Bagan Datuk: Nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya karam di muara Sungai Bernam di sini pagi semalam ditemukan lemas hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Lo Soo Yong, 57, itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.45 pagi tadi kira-kira 1 batu nautika dari lokasi bot dinaikinya karam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mayat kemudiannya dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Terdahulu mangsa hilang selepas bot dinaikinya karam di muara Sungai Bernam di sini pagi semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kejadian pada jam 11.55 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan membabitkan kekuatan seramai 27 anggota daripada JBPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan lapan bot.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke jeti selepas keluar menangkap ikan pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 1:39 PM