ANGGOTA bomba menyambung semula operasi mencari mangsa. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menyambung semula operasi mencari mangsa. FOTO ihsan Bomba
Balqis Jazimah Zahari


Bagan Datuk: Seorang nelayan hilang selepas bot dinaikinya karam di muara Sungai Bernam di sini pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 11.55 pagi.

"Kita menerima maklumat dari pihak polis memohon bantuan bomba mencari mangsa hilang di laut anggaran jarak 1 batu nautika.

"Seorang lelaki terjatuh ke dalam laut akibat bot yang dinaiki karam dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, operasi pencarian membabitkan kekuatan seramai 27 anggota daripada JBPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan lapan bot.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 12:38 PM