PELANCARAN Jom Ronda bersama F&N di Balai Berita. FOTO Rohanis Shukri
PELANCARAN Jom Ronda bersama F&N di Balai Berita. FOTO Rohanis Shukri
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Sebanyak 65,000 minuman kegemaran F&N akan diedar secara percuma kepada penduduk sekitar Lembah Klang, sempena Hari Kemerdekaan ke-65 negara, esok.

Edaran di bawah program Jom Ronda itu pertama kali diadakan babitkan kerjasama antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (F&NBM) dan Media Prima Omnia (Omnia).

Ketua Pemasaran Minuman F&NBM, Leong Wai Yin berkata, pihaknya mahu rakyat menikmati minuman kegemaran ramai dalam menyemarak sambutan hari bersejarah negara.

"Sebanyak enam kenderaan akan bergerak di beberapa lokasi tumpuan awam seluruh Lembah Klang seperti stesen bas, LRT, pusat komuniti, universiti, kolej serta pusat beli-belah terpilih bermula hari ini sehingga 18 September.

"Kami mahu semua rakyat menikmati minuman kegemaran mereka seperti 100PLUS ZERO, 100PLUS ACTIVE, F&N Sarsi, F&N Ice Cream Soda, termasuk produk terbaru kami, F&N Teh Tarik," katanya pada acara pelepasan kenderaan Jom Ronda F&N di Balai Berita NSTP di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Syed Hussian Syed Junid.

Sementara itu, Pengarah Jualan Omnia, Crystal Lee berkata, pihaknya menjadi rakan kolabrasi yang membantu misi F&N untuk berkongsi kenikmatan dan kebaikan dalam meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia.

Katanya, jenama Jom Ronda yang diperkenalkan sejak November 2021 semakin menjadi pilihan syarikat untuk kerjasama yang menyantuni khalayak ramai secara meluas.

Bagi produk Jom Ronda x F&N yang diterima, masyarakat digalak untuk berkongsi swafoto terbaik mereka di media sosial dengan tanda pagar #jomrondaFnN #DuluKiniSelaluFnN beserta ucapan Merdeka untuk semua rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2022 @ 2:07 PM