DUTA Kempen Syukur Selalu, Janna Nick dan Hafidz Roshdi pada Majlis Kempen Syukur Selalu F&N dan Rangkaian Televisyen Media Prima. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
DUTA Kempen Syukur Selalu, Janna Nick dan Hafidz Roshdi pada Majlis Kempen Syukur Selalu F&N dan Rangkaian Televisyen Media Prima. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Sri Ayu Kartika Amri


Petaling Jaya: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, telah memeterai kerjasama dengan F&N Beverages sebagai rakan rasmi untuk kempen 'Syukur Selalu'.

Menerusi kerjasama itu, F&N Beverages turut menyumbangkan derma sebanyak RM200,000 ke Tabung Bersamamu dalam meringankan beban komuniti kurang bernasib baik.

Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nini Yusof berkata, dengan potensi capaian yang luas menjangkau lima juta penonton televisyen dan empat juga pengguna atas talian, pihaknya percaya platform sedia ada memberi impak kepada rakyat Malaysia.

"Kerjasama dengan F&N Beverages pastinya, amat bermakna, malah menerusi video khas 'F&N Syukur Selalu' di media sosial, kami menampilkan duta jenama Janna Nick dan Hafidz Roshdi dengan sasaran 300,000 tontonan," katanya di majlis pelancaran kempen 'F&N Syukur Selalu' di Sri Pentas di sini, hari ini.

F&N turut memperkenalkan pembungkus khas 'Syukur Selalu' untuk kesemua produk minuman keluarannya serta melancarkan kempen amal di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Minuman F&N Sdn Bhd, Zainal Abidin Musa berkata, pihaknya mahu menjadi pemangkin ke arah melahirkan komuniti bertanggungjawab menerusi amal positif dan untuk itu, F&N menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk bersama melakukan kebaikan sepanjang bulan mulia ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 4:17 PM