DUA beradik berkenaan.
DUA beradik berkenaan.
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Dua beradik dilaporkan hilang dari rumah mereka dalam satu kejadian di Ladang Monsok, dekat sini, sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya, Nurul Syuhada Asyiqin Jeif, 9, berketurunan Kadazan dilaporkan hilang, kira-kira 10 pagi.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.24 pagi, Rabu lalu.

"Bapa Mangsa, Jeif Wong, 46, bekerja sebagai pekerja ladang memberitahu kali terakhir melihat kedua mangsa pada hari dilaporkan hilang kira-kira 8 pagi di rumah mereka sebelum bapa mangsa keluar bekerja.

"Sudah kebiasaan bapa mangsa akan meninggalkan mangsa di rumah untuk pergi bekerja.

"Susulan kejadian, bapa mangsa juga ada memviralkan kehilangan anaknya di media sosial supaya dapat membantu pencarian," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ada saksi mendakwa kali terakhir melihat dua beradik itu di sebuah hotel di Bandar Sandakan.

"Susulan itu, operasi pencarian giat dijalankan di kawasan Ladang Monsok dan kawasan berhampiran yang dinyatakan oleh bapa mangsa di hotel berkenaan.

"Namun, setakat ini, dua kanak-kanak terbabit masih belum ditemukan.

"Sekiranya mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran di talian 089-511222," katanya.

Kasim berkata, Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fakhrullah Wahab juga boleh dihubungi di talian 013-5126121, atau pergi di mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 9:55 AM