KUALA LUMPUR 06 JULAI 2018. (Gambar Hiasan Kemurungan/Wanita) Keluarga perlu beri sokongan untuk ahli keluarga yang mengalami masalah kemurungan. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 06 JULAI 2018. (Gambar Hiasan Kemurungan/Wanita) Keluarga perlu beri sokongan untuk ahli keluarga yang mengalami masalah kemurungan. NSTP/EMAIL
Hazsyah Abdul Rahman


LELAKI warga asing ditahan selepas didapati merogol anak sahabat karibnya di rumah pekerja sebuah ladang di Telupid, di Beluran, 23 November lalu.

Dalam kejadian itu, suspek, warga Filipina berusia 55 tahun itu yang juga pekerja ladang berkenaan dikatakan sering merogol mangsa yang berusia 13 tahun sejak Julai lalu.

Difahamkan, suspek sering melakukan perbuatan pada waktu Subuh ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja di ladang berkenaan.

Mangsa yang akhirnya tidak tahan dengan perlakuan rakan karib keluarganya itu akhirnya menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya.

Susulan kejadian, suspek ditahan oleh bapa mangsa sendiri sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal di blok yang sama dengan rumah mangsa.

Katanya, suspek dipercayai sudah melakukan kejadian itu beberapa kali sebelum mangsa mengadu kepada ibunya mengenai perbuatan suspek.

“Remaja itu bersama dengan keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada 23 November lalu.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mengambil kesempatan atas hubungan baik keluarga mangsa. Suspek dan keluarga mangsa tinggal bersebelahan di rumah pekerja di ladang berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 10:33 AM