ANGGOTA penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 1.8km dari lokasi dia dilaporkan hanyut. FOTO ihsan polis
ANGGOTA penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 1.8km dari lokasi dia dilaporkan hanyut. FOTO ihsan polis
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut ditemukan di Sungai Osum Sugut, di sini, semalam.

Mayat pekerja ladang warga Filipina itu ditemukan pada jarak 1.8 kilometer dari tempat dia dilaporkan hanyut.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, ditemukan jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tersepit pada kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut.

"Mayat dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 31 Disember lalu, mangsa cuba untuk menyeberang laluan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter sebelum dihanyutkan arus deras.

Lelaki itu adalah salah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 10:53 AM