MUHYIDDIN Yassin. FOTO arkib NSTP
MUHYIDDIN Yassin. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen hendaklah dirunding dengan Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi catatan di Facebook, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, ini kerana PN adalah sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan Persekutuan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakannya semasa pertemuan pimpinan PN bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Sri Perdana, Putrajaya semalam.

"Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

"Dalam pertemuan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara," menurut catatan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 3:18 PM