DUA pelacur ditahan dalam serbuan di Taman Usahawan, Kepong. FOTO Ihsan Polis
DUA pelacur ditahan dalam serbuan di Taman Usahawan, Kepong. FOTO Ihsan Polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis menahan dua wanita warga asing dipercayai pelacur yang menjadikan kediaman mereka di Taman Usahawan, Kepong di sini, sebagai sarang pelacuran.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada 10.55 malam semalam.

"Wanita berusia 33 dan 34 tahun itu dipercayai terbabit dengan kegiatan pelacuran sejak empat bulan lalu.

"Modus operandi kedua-kedua individu terbabit adalah menjadikan rumah persendirian sebagai tempat persundalan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata, dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM170 dipercayai hasil kegiatan persundalan, telefon pintar, kondom dan minyak urut.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahguna permit pekerjaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 8:42 PM