ANTARA rokok tanpa cukai yang dirampasFOTO ihsan PPM
ANTARA rokok tanpa cukai yang dirampasFOTO ihsan PPM
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Lelaki ditahan di Jalan Datuk Kumbar, di sini, 3 petang semalam selepas disyaki menyeludup 43 karton rokok tanpa cukai.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, rampasan itu hasil maklumat bersama Unit Risik PPM Kuala Kedah dan Cawangan Khas IPK Kedah.

Beliau berkata, dalam Ops Khas Sempena Tahun Baru Cina itu, anggotanya menahan lelaki berusia 33 tahun ketika dia memandu kereta.

"Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui tujuh kotak rokok disyaki tidak bercukai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsol berkata, berdasarkan siasatan awal, rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran di sekitar Kota Setar.

"Dalam operasi kali ini kita merampas keseluruhan barang kes dengan anggaran nilai RM125,318," katanya.

Shamsol berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 12:08 PM