SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Menerusi laman Facebook rasmi baginda, DMIJ yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Amir Nasruddin, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan bekas Duta Besar Malaysia ke Bahrain Agus Salim Yusof.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ adalah Pegawai Daerah Tangkak Mohammed Shakib Ali, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor Abu Bakar Abd Aziz, Pengarah Perangkaan Johor Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor Maimunah Othman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 1:37 PM