Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad pula dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato.

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato dikurniakan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato Abdul Rahman Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Dato Asman Shah Abd Rahman dan Timbalan Mufti Johor, Dato Ahmad Faisal Mohamed.

Sementara itu, lima penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ)

SIJ dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din dan Kadi Besar Negeri Johor Halid Sono.

HASNI dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ). FOTO RPO (Facebook Sultan Johor)
HASNI dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ). FOTO RPO (Facebook Sultan Johor)

Turut berangkat Majlis Pengurniaan Darjah yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru berkenaan adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibrahim dan isteri Che' Puan Khaleeda, Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar Ibrahim serta Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 11:53 AM