GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Sembilan lagi lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga daripada sembilan lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah di Kota Kinabalu iaitu Kampung Pulutan dan Kampung Mansiang di Menggatal serta Tapak Bina Hyatt Centric.

"Dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, di Lumat.

"Kampung Rancangan Kalabakan, Kalabakan, Kampung Mangaris 2, Kota Marudu, Kampung Contoh, Putatan, dan Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Katanya, satu lokaliti terkini di Pahang yang dikenakan PKPD pula adalah di Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua lokaliti PKPD itu adalah sama seperti sebelum ini.

"Empat lokaliti di Sabah yang sedang menjalani PKPD dan sepatutnya tamat esok (14 Ogos), dilanjutkan 15 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

"Ia membabitkan Kampung Siansai Dundau, Kota Belud, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri

Semarak, Tawau, Kampung Sembulan Tengah & Lama, Kota Kinabalu, dan Kampung Tempasuk 1, Kota Belud," katanya.

Beliau turut mengumumkan senarai lokaliti yang ditamatkan PKPD seperti dijadualkan sejak pelaksanaan dari 1 Ogos lalu hingga 14 Ogos seperti dijadualkan.

Ia membabitkan Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas, Taman Berjaya (Tawau, Sabah).

Ia turut membabitkan Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan, Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau (Keningau, Sabah), Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi (Kudat, Sabah).

Selain itu, Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati (Sandakan, Sabah).

Taman Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah, Kampung Tengah Padang, Putatan, Sabah, Kampung Babagon, Penampang, Sabah dan Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Temerloh, Pahang juga tamat.

Sementara itu, katanya, satu lokaliti PKPD ditamatkan lebih awal pada 14 Ogos berbanding yang dijadualkan 15 Ogos iaitu Pos Iskandar, Bera, Pahang.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 6:38 PM