Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 11 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PKPD dilokaliti itu dilaksanakan selama 14 hari sehingga 25 Ogos depan.

Menurutnya, lokaliti yang dikenakan PKPD di Sabah adalah Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu.

"Selain itu, Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; Kampung Petagas Putatan; Kampung Pogunon, Penampang, Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau; Kampung Batu 1 Sipitang, Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom.

"Bagi Pahang, PKPD dilaksanakan di Felda Jengka 25, Temerloh," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, PKPD dilanjutkan di Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu.

Katanya, lanjutan PKPD turut dilaksanakan di Felda Jengka 7, Maran, Pahang dan Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan.

"Lanjutan PKPD di lokaliti berkenaan bermula Khamis sehingga 25 Ogos. Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan," katanya.

Tambahnya, 21 lokaliti di Sabah dan masing-masing dua di Johor yang dikenakan PKPD sehingga esok akan ditamatkan mengikut jadual.

Katanya, sehingga semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 78,506 pemeriksaan dan snap check Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.

"Sebanyak 60 premis diarah untuk tutup serta merta kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 6:35 PM